Tuesday, 18 February 2014

Koleksi Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus

  1. Kerendahan hati disandarkan kepada kekuatan bukannya kelemahan. Mengakui kesalahan dan melakukan perubahan ke atas kesilapan adalah satu bentuk penghormatan tertinggi pada diri sendiri.
  2. Ilmu pengetahuan ibarat papan di jalan. Ia hanya menunjukkan arah yang harus kita ikuti untuk mencapai destinasi tetapi usaha yang akan membawa kita ke destinasi itu.
  3. Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung.
  4. Bila meninggalkan solat itu menjadi biasa, aku takut masa nanti mendirikan solat itu menjadi pelik.
  5. Kalau nak kira nikmat yang ALLAH bagi kat kita, guna kalkulator pun bley rosak kalkulator tu.
  6. Bila ALLAH sayangkan hambaNYA... ALLAH akan datangkan rasa bersalah terhadap dosanya... MashaAllah...
  7. Kadang-kadang lebih baik kita berdiam diri daripada meluahkan apa yang kita rasa, sebab orang lain boleh mendengar, tapi tak dapat nak faham isi hati kita.
***Lebih banyak koleksi Klik Sini

Sumber : Facebook Koleksi Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus

Koleksi kata-kata Keinsafan & Pedoman Hidup

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanyasekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telahramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalamsebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapidiiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapikata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enamkaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalumengecewakan agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malamyang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sumber

Koleksi Ayat-ayat Cinta Lawak Tebaik Untuk Kekasih

1 :Kalau Cinta Itu Keropok, Mesti Rangup Rasanya
2 :Kalau Cinta Itu Nombor,Benarlah Aku Terasa Kosong Tanpa Kamu!
3 :Kalau Cinta Itu Kincir Angin ,Dekat Denganmu  Terus Berputar Laju!
4 : Kalau  Cinta Itu  Air Mata, Derainya Langsung Tidak Menyentuh Hatimu.
5 :Kalau Cinta Satu Destinasi, Mengapa Langkah Kita Tak Sehaluan ..???
6 :Kalau Cinta Itu Hutang, Berapa Banyakkah  Bunga Yang Tertunggak..???
7 :Kalau Cinta Itu Rahsia,  Sampai Bila Aku Harus Bersembunyi..???
8 :Kalau Cinta Itu Mangga Muda , Sakit Perut Semalaman  Enaknya Tetap  Kukejar Juga
9 :Kalau Cinta Itu Satria, Berbilar Tubuh Kesakitan , Rasa Itu Masih Menggunung...
10:Kalau Cinta Itu Dongeng, Berperang , Berpedang...... Mengapa Kalah Juga..???
11 :Kalau Cinta Itu Sehelai Sutera, Kelembutannya  Mendamaikan Jiwa..
12 :Kalau Cinta  Itu Karipap Pusar, Ranggupnya Hanya Untuk Kamu !
13 :Kalau Cinta Itu Filem, Skripnya Hanya Kamu,Kamu Dan Kamu! No One Else! 
14:Kalau Cinta Itu Graf , Menaik Atau Menurunkah Pencapaian Diriku.....??
15:Kalau Cinta Itu Cabaran , Menang Kalah Pasti Penuh Dengan Ketidakpastian.
16:Kalau Cinta Itu Penyapu Sihir, Terbang Ke Mana Jua Ianya Tetap Kembali Kepadamu..
17:Kalau Cinta Itu Suhu , Panas Dinginnya ...... Engkaukah Yang Tahu...???
18: Kalau Cinta Itu Pilihan , Antara A , B , C,  Dan D ... Mengapa Kau Memilih E ...???
19: Kalau Cinta Itu Harapan , Janganlah Hilang Sebelum Ianya Menjadi  Nyata...
20:Kalau Cinta Itu Teruja ,  Jantung Yang Berdegup Kian Kuat Ritmanya..
21: Kalau Cinta Itu Amarah , Maka Jangan Kau Adili Aku Pada Saat Itu..
22:Kalau Cinta Itu Pesona , Mampukah Kau Setia Hingga Ke Akhir Waktu...??
23:Kalau Cinta Itu Lagu , Maka Nota Muziknya Tertulis  Cantik Dan Merdu..
24 :Kalau Cinta Itu Keliru, Maka Sesatlah Aku Mencari Kasihmu..
25 :Kalau Cinta Itu Dendam , Hapuskan Rasa  Sebelum Membunuh Diri Sendiri...!
26:Kalau Cinta Itu Mercun ,Dentumannya Mengujakan Aku..
27:Kalau  Cinta Itu Memori , Jangan Dipendam Hingga Ke Akhir Nyawa..
28:Kalau Cinta Itu Ibarat Pesawat ,  Laju , Bawaku Laju Kepadamu..
29:Kalau Cinta Itu Ubat, Walaupun Pahit Kutelan Juga..
30:Kalau Cinta Itu Kabus , Hilang Larut  Disaat Mentari Bersinar ....

 Sumber : http://farahnadialee.blogspot.com/