1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik
walaupun hanyasekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg
belayar di lautan telahramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan
hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup
dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran
itu telalu penting dalamsebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa
menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar
kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam
kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan
ketenangan dan keamanan.Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila
masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan
dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi
dengan banyak tapidiiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan
tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih
keras dari batu. Tetapikata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak
seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia
yang tingginya enamkaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia
yang selalumengecewakan agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar
rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan
kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu
yang hitam di malamyang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Sumber
No comments:
Post a Comment